Thursday, 27 April 2017

Bahan Bahan Yang Berkaitan

Hasil Bahan Kitar Semula 





Botol plastik yang dijadikan pasu bunga 




Kasut getah terpakai digunakan sebagai pasu bunga 



Kotak makanan dijadikan rak buku 



Kotak yang sudah tidak digunakan dijadikan beg serbaguna 


Tin aluminium dipakai semula sebagai bekas meletak pen dan barang mandian






Laporan Pertandingan Kitar Semula


                     Nama Pertandingan:
          Amalan Lestari Kitar Semula

Pengenalan Pertandingan

  •   Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah.
  •     Antara aktiviti yang dipertandingkan di bawah program ini adalah Program Kitar Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah dan rumah warga sekolah.

Matlamat Pertandingan
        Menjadikan warga SK Bandar Sri Puteri  sedar dan bergiat aktif
dalam program amalan lestari dan lestari hidup.


Objektif Pertandingan


  •  Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai     kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam
  •      Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula
  •  Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
  •      Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan            warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
  •          Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar             dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula

Faedah Pertandingan

  •             Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara                   lebih mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  •           Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup                 seperti penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.
  •            Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan       di tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar semula.
  •             Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil              jualan barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.


           Pihak Pelaksana Pertandingan Amalan Lestari Kitar Semula
      Warga Sk Bandar Tasik Puteri

                  Strategi Pelaksanaan

  •     Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua murid semasa gerak gempur pagi.
  •           Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan             risalah-risalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
  •         Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul     bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.
  •     Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini
  •      Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari penamat program ini
  •         Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
  •         Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua         bahan kitar semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas 




Berita Kitar Semula

Kembalikan Semangat Kitar Semula 


KUALA LUMPUR - Menjelang tahun 2020, sasaran kutipan sampah dan sisa pepejal di seluruh negara ditetapkan 33,000 tan sehari. Dengan jumlah kutipan pada tahun lepas sudahpun mencapai 30,000 tan sehari sedangkan sasarannya 20,000 tan sehari, tidak mustahil jumlah lambakan sampah oleh rakyat Malaysia untuk tahun 2020 akan melebihi jumlah sasaran itu. Persoalannya, adakah penambahan jumlah sampah akan menyebabkan kita terpaksa hidup berkongsi tanah dengan timbunan sampah sarap yang kita sendiri hasilkan? Apa pula tindakannya jika mahu mengurangkan masalah ini?Menurut Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) Mohd Zain Hassan, tugas dan tanggungjawab mengurangkan jumlah sampah itu tidak hanya tergalas di bahu agensi dan syarikat yang terbabit menguruskan sampah dan bahan buangan sahaja. Tetapi akan lebih berjaya apabila dimulakan dari rumah.

Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan kerajaan bagi memastikan negara mempunyai persekitaran yang bersih dan sihat, Alam Flora memainkan peranan yang aktif dalam memberi maklumat dan pengetahuan berkaitan kepada orang awam. Mohd Zain menyentuh mengenai kempen-kempen 3R (Reduce, Reuse, Recyle) yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak lebih sedekad yang lepas. "Konsep 3R sebenarnya telah melalui satu tempoh yang cukup lama sejak ia dilancarkan pada 1996. Kemudian pada tahun 2000 sekali lagi kempen mengenainya dilancarkan oleh kerajaan. Tetapi hingga ke hari ini sambutannya masih tidak menyeluruh", jelas Mohd Zain. Ekoran banyaknya kempen mengenai 3R dijalankan secara berterusan, beliau berpendapat rakyat Malaysia sebenarnya telah ada pengetahuan tentang 3R iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). "Cuma sikap tidak peduli atau mengharap kepada pihak lain untuk melakukannya menyebabkan sampah akan terus bertambah. Ia akan terus bertambah selagi rakyat Malaysia tidak berubah sikap", katanya.

 MENDIDIK GENERASI HARI INI UNTUK HARI ESOK  


Menurut Mohd Zain lagi, terbaharu Alam Flora dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA) secara agresifnya telah bekerjasama untuk melaksanakan program-program kesedaran kepada orang ramai mengenai memerangi sisa atau sampah haram dan program Bank Kitar semula di sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya, Pahang dan Kuala Lumpur. "Program sebegini dimulakan di sekolah-sekolah kerana kita percaya kesedaran dan pengetahuan di peringkat awal akan membawa kesan positif untuk masa hadapan", katanya. Program-program 3R terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu untuk komuniti, "waste wise" dan di sekolah. Di Putrajaya misalnya, program komunitinya melibatkan Pusat Kitar Semula, Mobile Recycling Centre, Kerbside dan program di blok-blok pangsapuri. Manakala untuk "waste wise" program, ia dijalankan di pejabat-pejabat termasuk di pejabat kementerian, hotel dan kawasan komersial. "Kutipan barangan kitar semula di bawah waste wise adalah secara ‘on-call system’. Begitu juga di sekolah-sekolah, program KITS (Kitar Semula Sekolah) memberi tumpuan dengan menjalankan aktiviti di tadika, sekolah rendah serta menengah."

 
3R BANTU ISI RUMAH KURANGKAN KOS SARA HIDUP

   
Ramai yang tidak mengetahui barangan kitar semula dalam pasaran tempatan tidak mencukupi sehingga pengusaha terpaksa mengimport bahan buangan dari luar negara.
Inilah masanya 3R dapat membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup mereka.
Mohd Zain berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengurangkan bahan-bahan yang hendak dibuang. Antaranya ialah dengan berjimat cermat dan membeli barang ketika perlu sahaja. Kemudian, isi rumah juga boleh menggunakan semula barangan tertentu atau diberikan kepada pihak lain supaya barang tersebut boleh diguna semula.
Manakala peringkat paling sukar dan leceh ialah kitar semula yang selalunya dilaksanakan oleh industri. Tugas pengguna adalah untuk membantu mengumpul dan mengasingkan barang-barang itu sama ada dijual sendiri atau dijual kepada pusat-pusat kitar semula seperti yang ada di Putrajaya. Secara tidak langsung amalan-amalan itu dapat mengurangkan kos sara hidup dan menambah pendapatan.


KEJAYAAN NEGARA JIRAN

   
Syarikat ini mengambil contoh negara jiran yang berjaya dalam program 3R mereka. Ia sebagai penanda aras bagi menilai tahap pencapaiannya. Satu daripadanya ialah Sistem Kitaran Semula Wongpanit di Thailand. Ia satu perniagaan kitar semula yang inovatif dan berjaya dilaksanakan sekian lama di Thailand. Mohd Zain turut mengambil contoh Surabaya, Indonesia sebagai kawasan bandar yang berjaya dalam amalan 3R sehingga.
Selain amalan 3R sehingga sampah hanya diambil dua kali sahaja dalam sebulan, mereka turut menjalankan amalan seperti pengkomposan, penggunaan semula air dan kitar semula.
"Kejayaan mereka adalah disebabkan adanya sokongan padu dan kerjasama yang baik dalam kalangan penduduk Surabaya," jelas Mohd Zain.

   PUTRAJAYA CONTOH TERBAIK AMALAN 3R

   Beliau berpendapat rakyat Malaysia bukannya tidak sedar kepentingan kitar semula, tetapi amalannya masih belum menyeluruh. "Ada yang tahu dan sedar, akan meneruskan amalan kitar semula. Tetapi ada juga yang tahu dan sedar tetapi tidak diamalkan", katanya.
Memberikan Putrajaya sebagai contoh terbaik amalan 3R, beliau berpendapat aktiviti itu sangat aktif dijalankan di kawasan berkenaan. Malah amalan itu menjadi sebahagian daripada amalan mereka dalam usaha menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Hijau.
Kewujudan kemudahan untuk menghantar barangan kitar semula di Pusat Kitar Semula Presint 9 telah memberi kesan positif kepada masyarakat setempat. "Mereka yang mengamalkan 3R akan menganggap barang-barang yang boleh dikitar semula sangat berharga malah boleh dianggap sebagai harta. Ia bernilai kerana setiap kali dibawa ke pusat kitar semula, barangan itu akan ditimbang dan dibayar mengikut harga per kilogram.      
"Jadi tunggu apa lagi. Jika boleh tolong maklumkan anak-anak dan ahli keluarga supaya melaksanakan 3R iaitu beli bila perlu (reduce), beri kepada yang perlu (reuse) dan ada yang masih memerlukan (recycle) kerana barang itu berharga", saran beliau. - Bernama






Contoh Keratan Akhbar

















Aktiviti Kitar Semula

Amalan 3R

Dengan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse and Recycle), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber alam semulajadi. Sebagai contoh, kertas. Semakin banyak kertas digunakan, semakin banyak pokok akan ditebang dan boleh memberi kesan kepada habitat haiwan. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan konsep 3R bermula sekarang.


Reduce (Pengurangan)



  •      Hanya beli barang keperluan sahaja dan tidak membazir
  •      Beli produk yang boleh diguna semula seperti botol kaca dan bateri
  •      Beli barangan pencuci serbaguna
  •      Kurangkan penggunaan plastik
  •      Jual barangan yang masih dalam keadaan baik dan tidak membuangnya
  •      Gunakan bahan alternatif untuk menggantikan bahan bertoksik


Reuse (Guna Semula)




  •    Beg beg boleh digunakan semula untuk menyimpan barangan dan membeli belah
  •      Bekas bekas kaca atau plastik boleh diguna untuk menyimpan air
  •      Baju- baju lama boleh diguna sebagai kain buruk
  •      Kayu kayu lama boleh dijadikan barangan kraftangan
  •      Tayar lama boleh digunakan untuk pasu atau hiasan di halaman rumah




Recycle (Kitar Semula)

 Rumah

  • Asingkan barangan yang boleh dikitar semula dan buang barangan tersebut ke dalam tong-tong kitar semula yang disediakan
  • Kitar semula kertas, plastik, tin dan kaca
  • Beli barangan yang boleh dikitar semula
  • Menggunakan sisa dapur untuk dijadikan baja untuk tanaman pokok 



Komuniti

  • Menyediakan pusat kitar semula bagi memudahkan orang ramai menghantar bahan yang boleh dikitar semula
  • Sekolah antara tempat untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kitar semula
  • Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran proses mengitar semula








Wednesday, 26 April 2017

Bahan-Bahan Kitar Semula


Kertas 



  • Semua jenis kertas sama ada berwarna atau tidak seperti surat khabar lama, majalah yang sudah tidak digunakan, sampul surat, risalah dan kotak yang boleh dikitar semula.
  • Semua jenis kertas harus dimasukkan ke dalam tong berwarna BIRU.
  • Kertas yang berkualiti seperti kertas cetakan putih atau berwarna warni biasanya mempunyai harga pasaran yang tinggi.
     


 Kaca


  •       Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol kosmetik dan bekas vitamin.
  •        Semua kaca harus dimasukkan ke dalam tong berwarna COKLAT.
  •        Selalunya, barangan kaca dikitar semula untuk menjadi perhiasan di dalam         rumah ataupun kraftangan. 



Tin Aluminium


  • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin minuman            yang boleh dikitar semula.
  • Tin- tin ini harus dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
  • Tin-tin aluminium ini mempunyai harga pasaran yang agak tinggi mengikut      pasaran tempatan.

       Plastik 



  •      Beg-beg, botol air mineral, dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh dikitar semula untuk menjadi sesuatu yang memberi manfaat.
  •        Semua jenis plastik ini harus dimasukkan ke dalam tong berwarna JINGGA.
  •     Plastik selalunya selepas dikitar semula akan menjadi barang yang bermanfaat seperti pasu bunga, tabung, bekas untuk mengisi air dan sebagainya.



Tuesday, 25 April 2017

Kitar Semula

Definisi

Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Selalunya, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti kepada produk baru. Sebagai contoh, penggunaan semula surat khabar lama dan botol-botol terpakai sebagai alat kelengkapan rumah mahupun perhiasan. 

Kepentingan 
  •  Pemeliharaan sumber semulajadi 
  •  Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya 
  •  Menjimatkan kos
  •  Perniagaan sektor industri